Sambutan Hari Kemerdekaan 2017
27 Ogos 2017 | Aktiviti Terkini
Sabtu, 26 Ogos 2017 – Bagi tujuan menerapkan semangat patriotisme dan cintakan negara kita Malaysia disamping memanfaatkan kemudahan ICT yang ada di Pusat Ekonomi Digital , Sambutan Hari Kemerdekaan 2017 telah diadakan di PI Linggi bersama dengan komuniti setempat di sini.
Majlis bermula dengan sesi pendaftaran peserta pada pukul 9.00 pagi dan seterusnya pelbagai acara yang lain seperti : Pertandingan Mewarna Jalur Gemilang Atas Talian, Pertandingan Melabel Maksud Pada Jalur Gemilang (MS Word), Kuiz KAHOOT Merdeka, Suai Padan & Kira Jalur Gemilang (Powerpoint), Tayangan Video Advokasi berserta Pop Kuiz (Sebenarnya.my, Check Your Label dan eWaste). Penyertaan setiap pertandingan adalah mengikut kategori umur dan pemarkahan adalah berdasarkan, kreativiti, ketepatan jawapan dan kekemasan. Ini diharap dapat membantu memupuk minda yang positif, kreatif dan inovatif hasil dari aktiviti yang dijalankan.
Seramai 40 orang peserta berdaftar telah hadir untuk memeriahkan Sambutan Hari Kemerdekaan 2017 PI Linggi ini, selain itu kami turut berbesar hati menerima kunjungan tetamu istimewa iaitu YB Dato Hj Abdul Rahman Bin Mohd Redza (ADUN Kawasan Linggi) bagi menyaksikan sambutan ini serta telah sudi untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Majlis ditamatkan pada pukul 1.00 tengahari dengan sesi bergambar bersama YB Adun dan sedikit jamuan makan tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: